Wednesday 17 April 2013

7D6N-Jalan-jalan Di Korea (part 1)

DAY 1

6th March 2013

  • 8.30 pagi Berlepas dari LCCT . sampai Incheon Aiport 4.30 petang waktu tempatan
  • Pukul 6.30 petang sampai di Shin Chon Guest House 



6 malam kami tidur kat sini


  • pukul 7.30 malam kami keluar dan makan malam dia restaurant berdekatan bersama-sama tourist guide kami.Makan malam pertama kami nasi goreng udang.
  • dinner kami malam nie agak murah kot..sebab seorang dalam 5000won bertemankan air kosong.

sedap nya nasi goreng sotong berlada 










  • kami bertolak ke Hello Kitty cafe lepas dinner. cantiknyaaaa cafe nie. teruja tengok
  • kopi pun mahal kat sini...paling murah dalam 4800won secawan
  • kalau coffee latte tu sekitar 5000won,

ahli rombongan cik kiah


coffee latte

untuk di jual..tp kami tak terbeli..sbb budget under control

kreatif


DAY 2
7th March 2013

  • kami gerak dari guest house pukul 10.30pg. Menuju ke Gyeongbukgong mengunakan train. Kesejukkan terasa kat sini. Suhu sekitar 9c. Mulut keluar asap....hehehehe
  • nak masuk istana nie kena bayar laa...sekitar 3000won (sorry lupa la..rasanya yer kot) kalau convert ke malaysia ringgit sekita RM9.00 laaa
  • kami sempat tengok upacara pertukaran pengawal keselamatan.upacara ni dibuat 2jam sekali
  • nak try pakai baju pengawal pun boleh...free gitu


Exit ke Gyeonbukgong




Pintu gerbang

pintu gerbang lagi ..yang ini untuk masuk istana



cuba hilangkan kesejukkan

menuju istana..mengadap raja

cantikkan



upacara pengawal nak tukar shift 

senibina yang menkagumkan

teratur

kawan baru..from japan...


  • lunch kami hari kedua nie agak ringkas...nasi bercampur sayur (BIBIMPAP)
  • sedap ?...boleh laa..bagi orang yang suka sayur jawapannya yes kot..for me..so so jer..tekak melayu la katakan.

lunch kami..bibimpap


lauk Bibimbap

  • hari kedua nie kami terus bergerak ke jalan yang seterusnya . terletak berhampiran dengan Gyeongbukgong....iaitu patung maharaja yang bertanggungjawab mencipta tulisan korea 

sorry saya lupa nama maharaja nie


  • kami melewati tempat nie untuk ker tempat yang dijadikan sungai. asalnya tempat ni adalah longkang dah dijadikan sungai dengan mengambil masa selama 4 tahun. menelan kos jutaan woon.ia kerana longkang ini terlalu kotor. terima kasih kepada menteri yang bertanggungjawab. 
    cantik

    ruang lepak sebelum turun ke sungai
  • lepas lepak2 kat sini kami teruskan misi hari ke2 ker Insadong pulakkkk...
  • kat sini kami shopping kosmetik, minum coffe latte lagi dan tak lupa kami try ikan,sotong dan berangan salai kat tepi jalan...hehehe...gilerkan
  • jalan punya jalan kami jumpa dengan Kukutari...siap nyanyi2 demeh bertiga nie sambil pintal-pintal gula...kami pun terpesona dan maka nya terjadila operasi beli membeli kukutarik..
    kukutarik...8x8= ?...hehehe

    jalan-jalan cuci mata di insadong

    rehat time sambil minum-minum...kat luar kedai sejuk..tp bila masuk kedai ..tiba2 panas dan nak ais..

    bangunan yg makin naik makin rasa memanjat

    tunggu mee hon ikan bilis...dinner

mee ikan bilis 
  • tamat hari ke2

DAY 3
8th March 2013

  • perjalanan hari ketiga nie pun mula pukul 10.30pagi







Thursday 7 February 2013

DSLR Canon 1000D


Hi semua..apa khabar hari nie .....dekat dua minggu dah tak update blog nie ...minggu sajer nak share gambar yg tak seberapa ni kat semua pengunjung blog nie...

gambar ni saya ambik masa baru jer beli camera...tak tau apa itu Iso dan segala benda tu lahhh...main snap jer gambar...pastu duk godek camera tu macam mana nak bagi gambar cantik dan memenuhi kehendak hati..nak pergi kelas mahal dan tak ada masa sangat...

jadi ini la hasilnya ...

anakanda baru dpt baju utk jadi flower girl...perasan macam puteri la hari tu..hehehe...suka sangat bila uncle semua panggil dia princess....hehehe




ini Princess bersalaman dan bagi kiss kat Tok Ki...seronok la katakan nak gi jalan-jalan...





Thursday 24 January 2013

RED VELVET CUPCAKE

Hi semua.....lamanya saya tak updated blog nie...Fuhhhhhh...busy dengan kerja-kerja tak pernah habis kat pejabat....tapi hari nie rasa free sikit... boleh tarik nafas dalam-dalam dan updated blog nie

hari nie ingat nak kongsi resipi Cupcake ...sekarang nie kat mana-mana jer orang sibuk pasal cupcake. Bukannya apa dia orang kata..senang bila ada majlis apa2 tak payah nak potong2 kek...terus jer bagi cupcake tu satu sorang...tak payah nak beli piring dan kotor kan tangan...resipi saya ni senang amat (kata orang pahang)...

nak tau tak resipinya dan caranya ...kalau nak tau baca dan tengok resipi nie sampai habis yer...

BAHAN-BAHAN

5 biji telur
250 grm butter (kalau nak sedap guna la butter yang mahal macam SCS ker)
2 cawan gula custor
3 cawan tepung naik sendiri ( kena ayak dulu takut ada makhluk asing)
3 sudu serbuk chocolate (sekalikan dengan tepung naik sendiri)
3 sudu perwarna merah (kat kedai tu ada macam brand & warna merah..tp pilih yg merah darah yer)
1 cawan buttermilk
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh cuka apple

CARA NAK BUAT

Cara nak buat nie senang jerrr...( bg yg biasa buat kek la ...hehehe)

gula dan butter tu pukul sehingga kembang (putih), lepas tu masuk telur sebiji demi sebiji,bila semua sebati masuk tepung naik sendiri dan serbuk chocolate  berselang seli dengan pewarna merah dan buttermilk. Bila dah siap semuanya tu..tutup mixer pastu masuk kan cuka makan yg dah di campur dengan baking powder td . Gaul balik ...siap..

Ambik paper cup pastu guna la scope. letak la 1 scope 1 cawan...bakar pada suhu 170 darjah selama 15 minit. Masak. biar sejuk pastu hias dengan cream cheese.

tau tak nak buat cream cheese tu...ok...kalau tak tau nak buat...tengok resipi kat bawah

CREAM CHEESE

250gm Cream cheese (kat pasaraya banyak)
1 cawan gula Aising.

** putar kedua2 nie ...jgn lebih sangat..putar biar sebati jer...pastu pipe la atas cupcake tadi



Boleh buat dalam pelbagai corak..bergantung kepada kreativiti masing2 la yer