Saturday 2 June 2012

Sambal Hitam (Sambal Belimbing Rebus)



      sambal hitam nie memang terkenal di Pahang terutama di Kuala Lipis (sebab saya tinggal di Kuala lipis ...hehehe). Nak buat sambal nie memang teramat senang cuma perlu ada beberapa bahan sahaja. 


Bahan-bahan :

  • 100gm ikan bilis (di buang isi perut & tulang)
  • 1 1/2 ulas bawang besar (bg yg kurang gemar bawang merah )
  • 20 biji cili api (blh di tmbh & di kurang mengikut selera masing2)
  • 2 sudu belimbing hitam (belimbing buluh (masam) yg telah direbus berjam2 lamanya)
  • sedikit minyak masak untuk mengoreng
note:- garam tidak diperlukan sebab ikan bilis telah sedia ada masin
       - belimbing hitam boleh didapati di semua pasar minggu di kuala lipis, benta dan sekitarnya.

cara-cara :


  • tumbuk cili api sehingga lumat, 
  • masukkan bawang. tumbuk lagi sehingga lumat (berjaga-jaga dengan percikan cili api)
  • kemudian masukkan belimbing hitam. tumbuk sehingga lumat jugak. biar semuanya bergaul dan sebati.
  • bila semua dah lumat masukkan ikan bilis. tumbuk lagi sehingga separuh lumat (pecah 2 ke 3 ikut kata orang kuala lipis)
  • bila semua dah siap di tumbuk. sila panaskan minyak. bila minyak dah panas masukkan bahan2 tadi.goreng sehingga garing atau bertukar kepada warna hitam (bukan hangus yer)

note: selamat mencuba.... semoga berjaya dan bila dah makan dengan nasi panas  tu jangan makan banyak sangat yer. Berhenti bila dah kenyang. Sambal nie tahan seminggu tau, tapi pastikan ia di simpan didalam peti ais. Bila nak makan barulah di panaskan kembali....
  ini adalah sambal hitam yang saya buat malam tadi...

No comments:

Post a Comment