Sunday 3 June 2012

Masak lemak Siput Sedut


Memang sedap sangat siput sedut nie....perhhh rasa nak habiskan seperiuk tu sorang-sorang jer...hehehe.. apa kata kalau para tetamu blog saya mencuba resipi siput sedut nie. resipi nie mak mertua saya yang ajar.. kiranya ini ada lah resipi dari dapur ct atekah... kalau nak cuba resipi sila tengok & baca senarai bahan-bahan yang diperlukan seperti berikut :-

bahan-bahan

  • siput sungai /sawah (telah di rendam sehari semalam)
  • santan secukupnya
  • 4 ulas bawang merah
  • sedikit cili api
  • 4 batang serai (diketuk)
  • daun kunyit (di koyakkan )
  • garam secukupnya

cara memasak


siput dibuang ekornya (untuk senang disedut bila mau makan nanti)
cuci sehingga bersih, kemudian masukkan segala bahan di atas dan masak sehingga siput tersebut telah masak atau sehingga mendidih dan santan telah hampir pecah minyak  (tapi jangan la tunggu siput punya shell tu lembut sebab ia tidak lembut)

bila dah masak angkat dan biarkan sejuk sekejap dan dah boleh makan...yummyy...selamat mencuba

No comments:

Post a Comment